Monday 17 December 2012

♦ Susahnya nak cari kawan baik



             

 zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan baik, sebab kawan baik tak akan tinggalkan kawannya keseorangan, kerana kawan baik sanggup berkorban apa saja demi menggembirakan hati kawannya.Tapi kebanyakkan kawan zaman ni cuma kawan masa gembira sahaja, bila susah mereka akan tinggalkan kita.
 Masih ada ke kawan yang suka menolong ketika kawannya berduka atau sedih ataupun susah dan dia akan pergi bila kawannya itu telah temui kebahagiaan? memang mulia hati kawan yang macam ni.Tapi susahkan nak cari.Mungkin 1dalam 100.
 Kebanyakannya kawan yang suka ambil kesempatan atas kesusahan kawannya sendiri betul tak?em..mintak jauhkan dari dapat kawan yang macam ni.

 walau apa pun pepatah orang-orang dulu kala yang berbunyi "berkasih biar satu, berkawan biar beribu" memang betul, hidup takkan sempurna bila hidup tanpa kawan kerana tak semua rahsia kita yang boleh diketahui kekasih, percaya atau tak kawan baik lebih banyak tahu pasal diri kita berbanding kekasih kita.

 jadi apa-apa pun jujurlah dalam berkawan, kerana setiap apa yang kita buat, apa yang kita berkorban, walaupun dia tak pernah nampak,dan bila kita jauh dari dia, satu hari nanti Allah akan tunjukkan juga, dan yakinlah Allah Maha Mengetahui, yang penting keikhlasan kita berkawan dengan cara dan niat yang betul.